Pengenalan kepada GMG

Di Giga Maritime Group (GMG), kami menawarkan kepada pelanggan penyelesaian sehenti yang menyeluruh dalam bidang logistik automotif melalui pengangkutan darat dan kargo laut, termasuk menyediakan perkhidmatan pengambilan pintu ke pintu, pengendalian, pengangkutan, pelepasan kastam serta penghantaran kenderaan. Perkhidmatan rangkaian lengkap ini menjelaskan peranan kami sebagai pembekal Penyelesaian Logistik Kenderaan Pintar & Bersepadu.

Dengan rekod prestasi Kumpulan lebih daripada 30 tahun pengalaman, kepakaran dan pelaburan sebagai pembekal Penyelesaian Logistik Kenderaan Pintar dan Bersepadu membolehkan kami menawarkan perkhidmatan rangkaian yang lengkap sebagai sebuah pusat sehenti untuk pengambilan pintu ke pintu, pengendalian, pengangkutan, pelepasan kastam dan penghantaran kenderaan kepada pelanggan.

Sehingga kini, Kumpulan secara purata telah mengangkut sebanyak 200,000 buah kenderaan setahun melalui operasi darat ke seluruh Malaysia, dan sebanyak 200,000 buah kenderaan telah dikendalikan melalui kargo laut setiap tahun.

Kumpulan ini diterajui oleh empat anak syarikat utama iaitu; Giga Shipping Sdn Bhd yang merupakan sebuah ejen tempahan eksklusif dan sewaan ruang untuk Roll on-Roll off (RoRo) bagi penghantaran Timur dan Barat Malaysia serta laluan Intra-Asean termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand; Nexus Mega Carriers Sdn Bhd merupakan pengendali kumpulan pengangkut kereta dan motosikal terbesar di Semenanjung Malaysia dengan jumlah 200 buah articulated, rigid dan single-car carrier; Giga Car Terminal Sdn Bhd mengendalikan 39.6 ekar fasiliti moden di Westport untuk penyimpanan, import, eksport dan penghantaran dengan kapasiti penuh sehingga 7,100 kenderaan; dan Straits Auto Logistics Sdn Bhd yang memiliki dan mengendalikan dua kapal Roll-on / Roll-off (RoRo) dengan kapasiti antara 5,040 dan 5,340 unit kenderaan.

Kami adalah pengendali perkhidmatan secara langsung dan memiliki pasukan yang pakar dan berpengalaman.

Dengan itu, GMG merupakan sebuah organisasi yang kukuh dan berdaya saing dalam industri logistik automotif negara di mana kami merupakan Kumpulan perintis dalam bidang Logistik Automotif di Malaysia.

Bercakap dengan kami: +603 5569 1188

Testimonials

Official Logistics Provider for the following car manufacturers:

Perodua Sales Proedar UMW Toyota Motor Edaran Tan Chong Honda Malaysia Isuzu Malaysia Mitsubishi Motors Malaysia Ford Daihatsu Hino Auto Bavaria Mercedes Hap Seng Jaguar Volkswagen Volkswagen
Naza Naza Kia Naza Quest Nasim Sdn. Bhd
Sime Darby Land Rover Malaysia Porsche Malaysia